Monday, July 12, 2010

Majlis Perkahwinan Melayu


' Biar mati anak, jangan mati adat' . Bagi masyarakat melayu, adat resam menjadi salah satu nadi kehidupan termasuklah dalam konteks perkahwinan. Dalam perkahwinan melayu, ada beberapa adat penting yang masih releven sehingga ke hari ini misalnya merisik. Adat merisik atau meninjau ini bertujuan memeastikan si gadis itu masih belum berpunya. Setelah mengetahui si gadis belum berpunya,barulah adat meminang dijalankan dan seterusnya disusuli dengan bertunang. Biasanya majlis pertunangan akan dibangkitkan serinya dengan adat berbalas hantaran di mana salah satu daripadanya ialah tepak sirih atau sinonim dengan sirih junjung. Kemudian diikuti dengan majlis akad nikah yang dilakukan selepas menempuhi tempoh pertunangan. Kemuncaknya ialah majlis perkahwinan yang bertujuan untuk meraikan mempelai yang telah diijabkabulkan. Begitulah secara amnya perkahwinan masyarakat melayu tradisional. Semuanya indah dek lakaran adat yang penuh dengan adabnya.

Pucuk pauh delima batu,
Anak selung ditapak tangan,
walaupun jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Pantun ini antara salah satu pantun orang-orang lama yang ditujukan kepada pasangan yang telah bertunang namun dipisahi dengan jarak. Keindahan pantun ini, kini hampir ditelan dek zaman ekoran dari kemajuan dan kemodenan dunia yang meratah adat melayu sedikit demi sedikit.

No comments:

Post a Comment