Sunday, July 11, 2010

Budaya Perkahwinan Melayu


Diambang perkahwinan

Perkahwinan dalam masyarakat cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan mengekalkan keturunan yang dibawa dari nenek moyang mereka. Pada asasnya adat resam perkahwinan masyarakat cina merangkumi peringkat merisik , meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

Merisik…

Merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat cina sangat menitik beratkan soal nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini sangat penting bagi mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik terpulang kepada keluarga masing-masing. Kebanyakan mereka gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran yang disertai saudara mara yang lain. Tradisi makan bersama ini juga dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perkara yang akan dibincangkan ialah latar belakanh keluarga dan asal keturunan.

Meminang…

Setelah kedua belah pihak telah mnecapai kata setuju, seorang wakil akan dipilih untuk kerumah si gadis untuk membincangkan perkara berkaitan perkahwinan. Kebiasaannya ibu si gadis dan wakil dari pihak lelaki akan berbincang berkaitan dengan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan. Peringatan! didalam adat resam cina, pihak lelaki tidak akan tawar menawar mas kawin yang telah ditetapkan oleh pihak si gadis, kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Setelah persetujuan dicapai, barulah adat bertunang akan dijalankan.

Bertunang…

Hari pertunangan ditetapkan berdasarkan kalendar cina dan bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik dilakukan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika pertunangan dilakukan pada tarikh yang salah, dipercayai perkahwinan akan mengalami kegagalan dan akan ditimpa bencana. Sewaktu majlis pertunangan ini berlangsung pihak lelaki akan bertukar cincin dengan pihak perempuan dan segala permintaan pihak perempuan akan ditunaikan pada majlis pertunangan ini. Cincin akan disarungkan ke jari manis kiri kedua-dua pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi membuktikan persetujuan, gadis akan menyerahkan kertas merah atau Nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelang nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang akan diberikan kepada tukang tilik, tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai dan akan dituliskan diatas kertas yang dinamakan nyik-kor. Nyik-kor tersebut akan diberikan kepada kedua bakal mempelai dimana didalamnya terdapat peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu dipatuhi oleh kedua pihak. Hantaran dan mas kahwin biasanya akan diserahkan pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Diantara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Dalam masyarakat cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

No comments:

Post a Comment