Wednesday, August 11, 2010

Apakah Perkahwinan?


"Perkahwinan" ialah satu hubungan sah di sisi undang-undang yang disempurnakan melalui upacara sivil atau keagamaan antara dua individu yang ingin tinggal bersama sebagai pasangan. Perkahwinan juga asas kehidupan berkeluarga dalam masyarakat. Hanya melalui perkahwinan, lelaki dan perempuan boleh menjalinkan hubungan intim yang sah di sisi undang-undang.


Namum, menurut sejarah, takrifan tepat bagi "perkahwinan" adalah berbeza-beza mengikut budaya masing-masing.

Monday, July 12, 2010

Majlis Perkahwinan Melayu


' Biar mati anak, jangan mati adat' . Bagi masyarakat melayu, adat resam menjadi salah satu nadi kehidupan termasuklah dalam konteks perkahwinan. Dalam perkahwinan melayu, ada beberapa adat penting yang masih releven sehingga ke hari ini misalnya merisik. Adat merisik atau meninjau ini bertujuan memeastikan si gadis itu masih belum berpunya. Setelah mengetahui si gadis belum berpunya,barulah adat meminang dijalankan dan seterusnya disusuli dengan bertunang. Biasanya majlis pertunangan akan dibangkitkan serinya dengan adat berbalas hantaran di mana salah satu daripadanya ialah tepak sirih atau sinonim dengan sirih junjung. Kemudian diikuti dengan majlis akad nikah yang dilakukan selepas menempuhi tempoh pertunangan. Kemuncaknya ialah majlis perkahwinan yang bertujuan untuk meraikan mempelai yang telah diijabkabulkan. Begitulah secara amnya perkahwinan masyarakat melayu tradisional. Semuanya indah dek lakaran adat yang penuh dengan adabnya.

Pucuk pauh delima batu,
Anak selung ditapak tangan,
walaupun jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Pantun ini antara salah satu pantun orang-orang lama yang ditujukan kepada pasangan yang telah bertunang namun dipisahi dengan jarak. Keindahan pantun ini, kini hampir ditelan dek zaman ekoran dari kemajuan dan kemodenan dunia yang meratah adat melayu sedikit demi sedikit.

Sunday, July 11, 2010

Budaya Perkahwinan Melayu


Diambang perkahwinan

Perkahwinan dalam masyarakat cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan mengekalkan keturunan yang dibawa dari nenek moyang mereka. Pada asasnya adat resam perkahwinan masyarakat cina merangkumi peringkat merisik , meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

Merisik…

Merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat cina sangat menitik beratkan soal nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini sangat penting bagi mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik terpulang kepada keluarga masing-masing. Kebanyakan mereka gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran yang disertai saudara mara yang lain. Tradisi makan bersama ini juga dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perkara yang akan dibincangkan ialah latar belakanh keluarga dan asal keturunan.

Meminang…

Setelah kedua belah pihak telah mnecapai kata setuju, seorang wakil akan dipilih untuk kerumah si gadis untuk membincangkan perkara berkaitan perkahwinan. Kebiasaannya ibu si gadis dan wakil dari pihak lelaki akan berbincang berkaitan dengan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan. Peringatan! didalam adat resam cina, pihak lelaki tidak akan tawar menawar mas kawin yang telah ditetapkan oleh pihak si gadis, kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Setelah persetujuan dicapai, barulah adat bertunang akan dijalankan.

Bertunang…

Hari pertunangan ditetapkan berdasarkan kalendar cina dan bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik dilakukan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika pertunangan dilakukan pada tarikh yang salah, dipercayai perkahwinan akan mengalami kegagalan dan akan ditimpa bencana. Sewaktu majlis pertunangan ini berlangsung pihak lelaki akan bertukar cincin dengan pihak perempuan dan segala permintaan pihak perempuan akan ditunaikan pada majlis pertunangan ini. Cincin akan disarungkan ke jari manis kiri kedua-dua pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi membuktikan persetujuan, gadis akan menyerahkan kertas merah atau Nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelang nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang akan diberikan kepada tukang tilik, tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai dan akan dituliskan diatas kertas yang dinamakan nyik-kor. Nyik-kor tersebut akan diberikan kepada kedua bakal mempelai dimana didalamnya terdapat peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu dipatuhi oleh kedua pihak. Hantaran dan mas kahwin biasanya akan diserahkan pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Diantara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Dalam masyarakat cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

Saturday, July 10, 2010

HIBURAN PERKAHWINAN MELAYU


Fitrah manusia tidak dapat lari daripada hiburan. Dalam konteks ini perkahwinan juga mempunyai hiburannya tersendiri. Antara hiburan yang sangat popular dalam perkahwinan ialah kompang. Kompang ini dimainkan bagi memeriahkan majlis perkahwinan. selain itu, hiburan bagi menyambut kedatangan pengantin lelaki ke rumah pihak perempuan juga diadakan seperti silat,zapin dan sebagainya. Manakala bagi hiburan untuk masyarakat setempat pula diadakan permainan ghazal ataupun nyanyian secara sukarela bagi menghiburkan hati masyarakat yang telah penat membantu tuan rumah menyediakan atau melayan tetamu.

Tuesday, July 6, 2010

PERSEDIAAN PERKAHWINAN CHINA


Mengikut adat perkahwinan kaum cina,pakaian pengantin lelaki ialah Qi pao dan pakaian pengantin perempuan ialah cheongsam. Selain itu, lilin berwarna merah berukuran naga dan burung pheonix, dragon pheonix, banner, payung merah, serta kad jemputan merah haruslah disediakan. Pihak perkahwinan haruslah menyediakan ang pau (lishi) yang dibalut dengan sampul berwarna merah. Beras , kacang merah dan kacang hijau juga disediakan untuk dilontarkan ke arah pengantin. Pihak pengantin lelaki haruslah menyediakan besen besi dan colok untuk dilangkah oleh pengantin perempuan.

Monday, July 5, 2010

PANTANG LARANG CINA


Semasa pertunangan, keluarga pengantin lelaki akan mempersembahan seekor angsa hidup kepada keluarga pengantin perempuan. Manakala penagantin perempuan tidak boleh membunuh angsa tersebut kerana ia mewakili pengantin perempuan berkenaan. Jika angsa tersebut tidak mengeluarkan bunyi bising ketika diserahkan kepada keluarga pengantin perempuan maka ia melambangkan lelaki tersebut seorang yang baik dan menarik. Jika sebaliknya, melambangkan lelaki itu seorang yang pemarah. Keluarga pengantin perempuan pula akan melepaskan angsa tersebut di kawasan tasik supaya ia dapat membesar sendiri.

Friday, July 2, 2010

PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA


Masyarakat India menjalankan beberapa adat selepas majlis perkahwinan. Antaranya ialah pengantin perempuan dikehendaki ke rumah mertuanya sebagai menghormati suaminya, manakala pengantin lelaki juga perlu ke rumah mertuanya selama tiga hari bagi mendapat restu mertuanya. Selepas tiga hari khemah akan dirobohkan dan sebelum dirobohkan mereka akan menyembelih ayam sebagai tanda tamatnya upacara perkahwinan.

Thursday, July 1, 2010

PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA


Majlis perkahwinan masyarakat india di Malaysia dijalankan oleh pendanda. Pendanda akan menjalankan upacara sembahyang untuk meminta restu supaya majlis tersebut berjalan dengan lancar. Sejenis beras yang dinamakan Atchatai iaitu beras yang dicampurkan dengan kunyit serta bunga yang dibawa di dalam dulang untuk ditaburkan di atas pengantin. Pendanda juga akan menyerahkan thaali kepada pengantin lelaki untuk diikat pada leher pengantin perempuan dan thaali itu haruslah menyentuh dada dengan benang suci sebanyak tiga kali.
Seterusnya, pengantin akan bertukar kalungan bunga yang dipakai sebanyak tiga kali dan pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin perempuan mengelilingi api sebanyak tiga kali. Akhirnya, pengantin lelaki menyarung cincin di jari kaki pengantin perempuan sebagai pengantin yang sah.